Friday, November 9, 2012

Merancang..

Semua orang ada perancangan. Mesti ada perancangan. Hidup mesti ada tujuan. Tapi tak semua orang dapat menyempurnakan hasrat dan tujuan hidup. Kita manusia. Manusia hanya mampu merancang. Cuma Allah yang berupaya menentukan hala tuju perancangan kita. Seteliti mana pun perancangan, sekuat mana pun keazaman, dan setaksub mana pun kita dengan perancangan yang kita buat, kalau Allah tak izinkan maka perancangan iti takkan menemui kejayaan. Kun fayakun. Semua dah tertulis untuk kita sejak azali. Qada' dan qadar. Sekiranya perrjalanan hidup kita berjalan seperti yang dirancang, Alhamdulillah. Jikalau perancangan kita mengalami kepayahan, rintangan dan kegagalan, percayalah bahawa perancangan Allah untuk kita lebih baik dari perancangan yang kita buat. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan terlalu yakin dengan perancangan yang telah kita buat kerana jika ditakdirkan tidak seperti yang diharapkan atau menemui jalan buntu, hati akan hancur luluh dan punah, iman akan goyah, keyakinan akan luntur dan pertimbangan mula kabur. Perlu sabar ; peringatan untuk diri sendiri. Perlu memohon, berdoa dan tawakal kepada Allah setelah berusaha ; juga peringatan untuk diri sendiri.




“Tidak ada yang putus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang yang sesat.” (Surah Al-Hijr, ayat 56) 

Tiada daya dan upaya kecuali beserta Allah.



chidapunyasukala